Trivia Anugerah Juara Lagu ke-2

  • Edisi kali ini, Buat pertama kali Pengacara duduk [bermeja] mengacarakan anugerah juara lagu, diikuti pada AJL 3 1988, AJL 6 1991, AJL 7 1992.
  • Lagu "Angan-angan" telah mengalahkan lagu "Sinaran" nyanyian Sheila Majid ketika peringkat separuh akhir bulanan bulan Januari dan sejak itu, lagu nyanyian Sheila Majid tidak pernah dicalonkan lagi dalam carta muzik-muzik dan Anugerah Juara Lagu.
  • Edisi ini adalah satu-satunya penyertaan Penghibur No 1 Asia, Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad ke Pertandingan Akhir Juara Lagu dengan mempertaruhkan lagu Merisik Khabar sekaligus mendapat Persembahan Terbaik.
  • Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan menggunakan suasana yang kelam dan pemetik api sahaja.
  • Ketika persembahan dilakukan, berlaku ganguan teknikal pada persembahan Kumpulan FREEDOM dimana mikrofon kedua-dua penyanyi, Seha & Shuib tidak berfungsi dengan baik lalu mengganggu kelancaran dan mutu persembahan mereka.
  • Edisi ini juga buat pertama kali, Kategori Lirik Terbaik diperkenalkan bagi menaikkan martabat & mutu & kualiti penciptaan lirik & penulis lirik lagu, sebelum disatukan semula dengan Kategori Keseluruhan Juara Lagu pada edisi Juara Lagu 7 1992.
  • Lirik Terbaik berjaya mengiktiraf Habsah Hassan sebagai pemenang wanita pertama memenangi Juara Lagu melalui lagu Menaruh Harapan.
  • Seramai 4 Kumpulan memasuki Peringkat Akhir Juara Lagu ini, iaitu Kumpulan Alleycats dengan 2 buah lagu, Kumpulan Freedom, Kumpulan Rock Headwind & Kumpulan Steps. Kumpulan Skyfire menggantikan Raja Ema dengan Lagu Angan-Angan.


Penganjur: TV3
1980-an
1986 • 1987 • 1988 • 1989 •
1990-an
1990 • 1991 • 1992 • 1993 • 1994 • 1995 • 1996 • 1997 • 1998 • 1999
2000-an
2000 • 2001 • 2002 • 2003 • 2004 • 2005 • 2006 • 2007 • 2008 • 2009
2010-an
2010 • 2011 • 2012 • 2013 • 2014 • 2015 • 2016 • 2017 • 2018 • 2019
2020-an
Perhatian: Tahun merujuk kepada tahun kelayakan, bukan tahun acara diadakan.